You are here:--Temuduga Terbuka Perajurit Muda TLDM 2018
  • TLDM

Temuduga Terbuka Perajurit Muda TLDM 2018

Temuduga Terbuka Perajurit Muda TLDM 2018

Berita baik untuk anda yang ingin memasuki Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM, Pengambilan terbuka TLDM siri 218 / 18 Mac 2018.

KELAYAKAN AKADEMIK

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.  Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

LAIN-LAIN KELAYAKAN

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah.
b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.
c. Taraf perkahwinan bujang.
d. Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita) Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25 (Lelaki) 18 – 23 (Wanita). Cara pengiraan BMI: Berat(kg) / Tinggi (m) x Tinggi (m)
e. Ukuran dada minima 76 sm (lelaki).
f. Penglihatan hendaklah terang dan jelas (6/6) tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.
g. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Kecermerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

PERMOHONAN

Calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara online di laman sesawang www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi

Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia – Bantuan
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03 – 2071 3177 / 03 – 2071 6925
Emel: [email protected]

2018-03-06T07:22:23+00:00 March 6th, 2018|Categories: Semua Negeri|Tags: , |0 Comments

Leave A Comment

error: Content is protected !!