You are here:Home-Privasi Polisi
Privasi Polisi 2017-05-27T22:04:36+00:00

Dasar Kerahsiaan Pengguna

Pengenalan
jawatankosongmudah.com menitikberatkan soal perlindungan Data Peribadi anda dan meletakkan soal perlindungan maklumat kerahsiaan anda pada tahap tertinggi.

Dasar Kerahsiaan ini menerangkan terma-terma umum tentang bagaimana cara kami melindungi kerahsiaan Data Peribadi anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”).

Apakah Jenis Data Peribadi yang Diperlukan?

Alamat IP
Kami menggunakan alamat IP pengunjung untuk membantu mengenal pasti masalah berkaitan pelayan (server) kami dan untuk mentadbir laman web kami. Alamat IP pengunjung juga digunakan untuk membantu mengenal pasti maklumat keahlian dan mengumpul maklumat demografi umum.

Borang Hubungi Kami Dan Ruangan Komen
Borang Maklum Balas Pelanggan dan ruangan komen kami memerlukan anda memberikan maklumat peribadi (contohnya nama dan alamat e-mel) bagi memudahkan pihak kami memberi maklum balas terhadap pertanyaan dan ulasan yang anda kemukakan. Maklumat perhubungan anda juga digunakan untuk menghubungi anda apabila perlu.

Maklumat tentang Cookies
“Cookies”adalah satu elemen data yang boleh dihantar oleh sesebuah laman web kepada penyemak imbas (browser) anda dan kemudiannya disimpan dalam sistem anda. Kami menggunakan cookies dalam beberapa halaman dalam laman web kami untuk menyimpan pilihan pengunjung dan rekod maklumat sesi kunjungan. Maklumat yang kami kumpulkan kemudian akan digunakan untuk memastikan tahap perkhidmatan yang lebih peribadi untuk pengguna kami. Anda boleh meselaraskan tetapan pada penyemak imbas anda sendiri supaya anda akan dimaklumkan apabila menerima cookies. Sila rujuk kepada dokumentasi penyemak imbas anda untuk memeriksa jika cookies telah diaktifkan pada komputer anda atau untuk meminta tidak menerima sebarang cookies.

Untuk Apakah Kegunaan Data Peribadi Anda?

Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan”):

– Untuk menyiasat dan menjawab tuntutan anda; atau
– Untuk mematuhi mana-mana undang-undang atau peraturan.
Mencapai/ Menghadkan / Membetulkan / Mengemaskini Data Peribadi Anda

Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan maklumat tentang Data Peribadi anda, menghadkan pemprosesan, mengemas kini atau meminda Data Peribadi anda, seperti yang di bawah:

Kepada Siapakah Data Peribadi Anda Didedahkan?

Kami tidak akan memperdagangkan atau menjual Data Peribadi anda kepada pihak ketiga.

Berapa Lamakah Tempoh Penyimpanan Data Peribadi Anda?

Kami tidak akan menyimpan Data Peribadi anda lebih dari tempoh yang diperlukan untuk memenuhi “Tujuan”. Walau bagaimanapun, Data Peribadi yang berkaitan akan disimpan jika tertakluk kepada syarat-syarat di bawah:

– Apabila diperlukan atas urusan undang-undang;
– Apabila wujud tindakan undang-undang, sama ada yang sedang berlangsung atau tertangguh.
– Kami akan mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan semua Data Peribadi dimusnahkan atau dipadamkan apabila tidak lagi diperlukan.

Pemberitahuan Perubahan

Sila ambil perhatian bahawa Dasar Kerahsiaan ini boleh berubah dari semasa ke semasa selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan; dan pengubahsuaian tersebut boleh digunapakai oleh anda.. Versi terbaru Dasar Kerahsiaan ini akan disediakan untuk semua pelanggan. Sila rujuk kepada laman web kami dari semasa ke semasa untuk mengemas kini Dasar Kerahsiaan.

Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan, kemusykilan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda atau Dasar Perlindungan Data