You are here:--Permohonan TUDM Tentera Udara Diraja Malaysia – 15 Januari 2019
  • tudm

Permohonan TUDM Tentera Udara Diraja Malaysia – 15 Januari 2019

Permohonan TUDM Tentera Udara Diraja Malaysia Terkini 2019

Borang permohonan atas talian PERAJURIT MUDA UDARA LELAKI SIRI 61/19 telah dibuka pada 1 Januari 2019 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Januari 2019

Daftar sebagai PEMOHON sekarang untuk membuat pemohonan PERAJURIT MUDA UDARA LELAKI SIRI 61/19 pada tarikh yang telah ditetapkan di laman sesawang

Syarat asas permohonan
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun
3. Penglihatan –
– Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
– Tidak rabun warna.
4. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
6. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat fizikal
1. Tinggi:
– Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
– Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

2. Berat:
– Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
– Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg

3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
– Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

Kelayakan Akademik
1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan LULUS dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

2. SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan KEPUJIAN dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

3. SKM – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dengan LULUS dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau KEPUJIAN dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat

4. Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Tugas Khusus – Diploma dalam bidang tertentu* (rujuk Jadual senarai diploma) dengan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan LULUS dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau KEPUJIAN dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

PERMOHONAN ONLINE TUDM 2019
2019-01-01T08:15:44+00:00 January 1st, 2019|Categories: Semua Negeri|Tags: , |0 Comments

Leave A Comment

error: Content is protected !!