You are here:--Pengambilan Pelajar Praktikal Di Seri Kembangan, Selangor

Pengambilan Pelajar Praktikal Di Seri Kembangan, Selangor

Syarikat Botol Anggun Sdn Bhd mempelawa siswa siswi yang bercadang untuk menjalani latihan industri di syarikat kami mulai March 2018.

Syarikat kami merupakan syarikat pembekal bekas kaca dan plastik untuk produk kosmetik dan minuman kesihatan. Kami beroperasi di Taman Industri Balakong Jaya, Seri Kembangan, Selangor.

Kami bersedia menerima pelajar di dalam jurusan berikut:

1. Perakaunan.
2. Pemasaran.
3. Komputer / Multimedia.
4. Perniagaan.
5. Pentadbiran Pejabat.
6. Pengurusan Inventori.
7. Sumber Manusia
8. Lain -lain jurusan yang bersesuaian.

Kami menyediakan insentif elaun serta mempunyai peluang untuk diserap masuk dalam syarikat selepas tamat latihan praktikal. Kami mengamalkan sikap harmoni, kerjasama sebagai satu pasukan serta membantu untuk menambah nilai orang lain.

Semua staf dan pelatih kami berpeluang untuk mengikuti kursus atau seminar untuk menambah nilai kerjaya serta diri mereka sendiri. Kami amalkan falsafah Givers Gain iaitu Untung Memberi agar tempoh latihan Industri dapat dimanfaatkan bersama.

Kami boleh dihubungi melalui Whatsapp 016 5565307 atau
E Mail; [email protected]

Sekiranya terdapat siswa atau siswi yang berminat sila hantar Resume ke E Mail di atas.

Terima Kasih.

2018-03-06T18:56:57+00:00 March 6th, 2018|Categories: Praktikal|Tags: , , |0 Comments

Leave A Comment

error: Content is protected !!