You are here:Home-Kedah-Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi
  • lembaga pembangunan langkawi

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi
jawatan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

(1) Jawatan : PEMBANTU AWAM GRED SETARA 11 (2 Jawatan)
(2) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelkelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(a) Pengtaksiran Tingkatan 3/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(b) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan 3/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(3) Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Services)
(4) Penaklukan Di Bawah : Pegawai yang memasuki perkhidmatanperkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
(5) Keutamaan akan diberi kepada calon-calon dari negeri Kedah, kelahiran (anak) Langkawi dan Zon Utara yang aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili peringkat kebangsaan atau negeri dalam acara-acara sukan.

Panduan/Cara Memohon
6.1 Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web
LADA di alamat www.lada.gov.my.

Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan
peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan sekeping gambar terbaru berukuran passport, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

6.2 Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

(7) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon
yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan
hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

(8) Permohonan yang ditolak;
8.1 Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran passport seperti ditetapkan;
8.2 Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
8.3 Tidak lengkap dan tidak terang;
8.4 Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
8.5 Tidak menandatangani borang permohonan
(9) Tarikh tutup permohonan ialah pada 11 JUN 2017.

Sebarang pertanyaan lanjut
bolehlah menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan di talian 04-9600600.

Borang Jawatan

By | 2017-05-28T22:28:02+00:00 May 28th, 2017|Categories: Kedah|0 Comments

Leave A Comment