You are here:--Jawatan Kosong Pegawai Imigresen
  • Pegawai Imigresen

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen

Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia. Jabatan Imigresen mempelawa individu berkelayakan mengisi kekosongan jawatan Pegawai Imigresen KP19 .

1. Pegawai Imigresen KP19 (Jabatan Imegresen Malaysia) 415 Kekosongan
Gaji : RM1,360.00 – RM4,052.00

Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen KP19

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

Tarikh Tutup Permohonan: 25 MAC 2018

Cara Mohon Jawatan Pegawai Imigresen KP19

PERMOHONAN JAWATAN
Permohonan jawatan dibuka sepanjang tahun. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online SPA. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

2018-03-11T20:27:07+00:00 March 11th, 2018|Categories: Semua Negeri|Tags: , |0 Comments

Leave A Comment

error: Content is protected !!