You are here:--Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
  • Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 2018 seperti berikut:

1. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam Muda / Masjid Bandar) Gred S29
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
4. Pembantu Hal Ehwal Islam (Bilal Masjid) Gred S19
5. Pemandu Kenderaan (Lelaki) Gred H11
6. Pembantu Awam (Lelaki) Gred H11

GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

HAD UMUR PELANTIKAN PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN

1) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun; atau

2) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

3) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

SYARAT PENUH KELAYAKAN > KLIK SINI

BORANG PERMOHONAN > KLIK SINI

CARA MEMOHON

1) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 yang boleh didapati DI SINI atau dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Unit Pentadbiran, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

2) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2017 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

3) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

4) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Dr Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 8 Julai 2018

PERKARA AM

1) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

2) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

2018-06-28T22:33:53+00:00 June 28th, 2018|Categories: Kelantan|Tags: , |0 Comments

Leave A Comment

error: Content is protected !!