You are here:--Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya Kedah
  • jabatan kerja raya kedah

Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya Kedah

Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya Kedah 2018

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat
Negeri Kedah Darul Aman yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di Jabatan Kerja Raya
Negeri Kedah Darul Aman

Jawatan Kosong JKR Kedah 

1. Pemandu Kenderaan H11 Pelaksana Kemahiran

2. Pembantu Awam H11 Pelaksana Kemahiran

CARA PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT:

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam borang permohonan yang boleh didapati sendiri
di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman
atau mendapatkan borang secara pos dengan menyertakan sampul surat beralamat
sendiri berukuran 11sm x 25sm dan bersetem atau melalui LAMAN WEB
www.jkrkedah.gov.my.

Syarat Penuh Kelayakan

2. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa
memohon. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumendokumen
seperti berikut:-
(a) Kad Pengenalan diri;
(b) Sijil Kelahiran;
(c) Sijil berhenti sekolah;
(d) Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)*Mana yang berkaitan dengan Jawatan
yang dipohon;
(e) Lesen Memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan;
(f) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport; dan
(g) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).

3. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam
kumpulan Pengurusan dan Profesional, Penghulu Mukim atau Jaksa Pendamai.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan
Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui
KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod
Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini
sepertimana mengikut Peraturan 17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

5. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan
dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan
selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

6. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
Pengarah
Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman
Tingkat 5, Bangunan Sultan Abdul Halim
05582 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN
(u.p Bahagian Pentadbiran dan Kewangan)

TARIK TUTUP PERMOHONAN : 6 JULAI 2018

2018-06-26T00:14:54+00:00 June 26th, 2018|Categories: Kedah|Tags: , , |0 Comments

Leave A Comment

error: Content is protected !!