You are here:--Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) – 22 Januari 2019
  • Institut Kefahaman Islam Malaysia

Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) – 22 Januari 2019

Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di lnstitut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee).

Jawatan Eksekutif Pemasaran Gred EP29 (1 kekosongan)

Syarat Kelayakan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
(b) Memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Diploma Pengajian Perniagaan (pengkhususan dalam Pemasaran) daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(c) Keutamaan akan diberi kepada calon yang fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris;
(d) Berpengalaman lima (5) tahun dalam bidang jualan dan pemasaran iklan radio/ buku, sewaan dewan, pengurusan acara/ karnival (Event Management), media sosial, dan perundingan latihan di sektor Awam atau swasta; serta;
(e) Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan berpenampilan menarik.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) melalui pos atau serahan tangan kepada:

lnstitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p: Unit Sumber Manusia)
Tel: 03-62046303 Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 22 Januari 2019.

Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup

2019-01-14T19:17:18+00:00 January 14th, 2019|Categories: Kuala Lumpur|Tags: , |0 Comments

Leave A Comment

error: Content is protected !!